1. Sebelum
- Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan
- Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan
- Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan
- Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja
- Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik
- Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan
- Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam rph
- Membaca manual mesin dengan teliti
- Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar.
- Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah
- Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
2. Semasa
- Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin.
- Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin.
- Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
- Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah.
- Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.

3.
Selepas
- Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.
- Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
- Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
- Rph dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa pepejal atau cecair.
- Tutup Semua pintu sebelum keluar dari rph.
- Pakaian Dan Alat Perlindungan Di RPH
Pakaian di rph boleh dikelaskan kepada tiga,
iaitu pakaian am, pakaian perlindungan dan peralatan perlindungan.
Pakaian Am
- Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat
- Barang-barang seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.
Pakaian Perlindungan
- Pakaian perlindungan seperti gogal atau pelindung muka, sarung tangan, kasut but, topeng, dan apron perlu dipakai untuk keselamatan dan perlindungan semasa berada di rph.
FIRST AID / PETI KECEMASAN
- Diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan dilihat.
- Digunakan untuk menyimpan ubat sapu dan kelengkapan pertolongan cemas yang berbentuk rawatan awal sahaja.
- Tidak dibenarkan menyimpan ubat makan seperti paracetamol di dalam peti pertolongan cemas.
- Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera untuk rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment